Monday, July 9, 2012

Pemalasnya

Assalamualaikum w.b.t.^^

AL KISAH 
 Seorang ibu baru pulang bekerja.Dia mengetuk pintu rumahnya. 


Tok..tok..tok... 
Tiada sesiapa yang membuka pintu.Diketuknya selagi lagi ,namun masih sepi.''Bukalah pintu ini'' katanya separuh menjerit. ''Siapa di luar?''tanya si ayah. Ni isteri abanglah,Salmah.'' 


''Abang malaslah nak bangun buka pintu.Penat ni tau."


"Along ,tolong ibu buka pintu.'' ''Ibu ,Along penatlah ... baru balik kelas tambahan.''
''Angah ,pergi buka pintu untuk ibu,'' Along memerintahkan adiknya pula..
"Angah baru aje duduk ni, Badan pun masih panas lagi.Nak rehat sikit pun tak senang.''


''Adik,pergi buka pintu!'' kali ini Angah memerintahkan adik bongsunya ..''Nampaknya semua penat.Along dan Angah pun baru balik sekolah.saya pun baru balik dari opis.Rasa tak larat nak bangun," Kata si ayah.


''Awak duduk-duduklah dulu di luar tu,berehatlah.Nampaknya tiada yang larat bangun bukakan pintu,'' si ayah memberi cadangan setelah hampir 10 minit berlalu..


''Eh, tak apalah.Lupa pula saya ada kunci dalam beg tangan saya ni.'' Tidak sampai seminit  si ibu membuka pintu dan masuk ke rumah.


Pengajaran: Orang yang malas amat kaya dengan pelbagai alasan.Malas akan membuahkan sikap bertangguh melakukan sesuatu pekerjaan.Kenapa tidak diusir malas agar kerja dapat diselesaikan satu persatu..^^


terima kasih kerana sudi membaca dan melihat entry disini.Semoga bermafaat untuk semua.!

2 comments:

COPYRIGHT STUDIOSUKE2AJE.BLOGSPOT.COM 2006-2012