Assalamualaikum w.b.t
JUST FOR LAUGHS or NOT
Sesorang pelajar dari Malaysia telah diterima bekerja sambilan di sebuah zoo di England.Alangkah gembiranya pelajar itu.Kerjanya mudah sahaja iaitu mengenakan kostum orang utan dan duduk diam-diam di sebuah sangkar yang disediakan.Setelah beberapa hari duduk-duduk sahaja,dia mula menggayakan seperti benar-benar seekor orang utan;melompat ,memanjat sehinggalah menjerit persis seperti seekor orang utan sebenar.
Usaha itu tidak sia-sia sangkarnya menjaddi tumpuan pengunjung yang datang ke zoo.'Orang utan' memanjat ke serata ruang di dalam sangkar dengan penuh bergaya.Prestasi yang ditunjukan memikat hati pihak pengurusan zoo.Pelajar berkenaan ditawarkan tugas yang lebih mencabar.
"Kamu akan ditempatkan bersama seekor singa,tetapi jangan takut.Kamu hanya di minta bergayut di bahagian atas sangkar sahaja,''penyelia zoo memberikan penerangan.Oleh kerana yakin dengan kemahirannya memanjat ,apatah lagi habuan gaji yang agak lumayan, dia bersetuju dengan tawaran tersebut.Dia bertukar ke sangkar baru yang lebih luas dan tinggi.
Pada mulanya dia ragu-ragu.Dia hanya duduk sahaja di celah dahan pokok yang terdapat di dalam sangkar itu.Di bawah pokok,seekor singa yang besar berlegar-legar.Garang dengan ngauman yang cukup menggerunkan.
Setelah beberapa hari duduk diam sahaja,dia memberanikan diri bergayut dan memanjat dari dahan ke dahan lain.Perbuatannya itu menarik perhatian pengunjung.Mereka bersorak melihat kecekapan 'orang utan' bergayut di atas pokok sedangkan di bawah ada seekor singa yang sedang mengaum-ngaum kelaparan.
Suatu hari.sedang 'orang utan' itu leka bergayut-gayut,tiba-tiba dia tergelinjir dan jatuh.Singa yang berada di bawah pantas hendak menerkam. 'Orang utan' sangat takut dan menjerit, ''Tolong!!!'' Tidak ingat lagi yang dia sedang belakon sebagai seekor ornag utan.Nyawa sedang berada di mulut singam mana mungkin betah belakon lagi.
Namun dengan tiba-tiba sahaja,singa yang garang itu tidak menjadi menerkam.Terkejut mendengar seekor 'orang utan' menjerit seperti seorang 'orang normal'.Singa itu melangkah perlahan-lahan mendekati 'orang utan' yang masih ketakutan..
''Sabar pak,sabar jangan takut''.
suara siapa itu? Dalam loghat indonesia yang pekat. 'Orang utan ' bertanya didalam hati dia menoleh ,melihat singa garang tersengih memandangnya...
- Sesuatu kemahiran boleh di kuasai dengan latihah yang berterusan
- Manusia tidak selamanya boleh menutup pembohongannya.
- Carilah rezeki yang halal lagi berkat walaupun sekadar kerja sambilan.
No comments:
Post a Comment