Assalamualaikum w.b.t
Kali ini akan membicarakan berkenaan empat soalan di dalam kubur yang di "bocorkan'' oleh Rasulullah s.a.w .
melalui ungkapan Baginda yang bermaksud ''Tidak akan berganjak kedua-dua seorng hamba ( ke syurga atau neraka) pada hari akhirat nanti sehinggalah :
1- Di tanya tentang umurnya -- kemana di habiskan ?
2- Di tanya tentang ilmunya -- Apakah yang di amalkan?
3- Di tanya tentang hartanya -- Bagaimana cara memperoleh dan membelanjakannya?
gambar hiasan |
SOALAN BOCOR NO.1
Persoalan berkenaan usia yang di anugerahkan oleh Nya akan di tanya kepada setiap insan
lantas masing-masing menjawab dengan jawapan yang berbeza ,berdasarkan cara tersendiri
tentang bagaimana tempoh tersebut dipenuhi.
SOALAN BOCOR NO.2
Soalan kedua amat menggetarkan hati khususnya golongan yang berilmu.
Apakah yang telah di amalkan daripada ilmu yang dimiliki ?Peringatan yang amat menggerukan dalam
firman Allah, maksudnya : '' Amat besarlah kemurkaan Allah apabila kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu amalkan.'' ( Surah al-Saff 61:3 )
SOALAN BOCOR NO.3
Soalan ketiga pula berkenaan harta.Ia mempunyai dua pecahan soalan
- Bagaimana harta tersebut di peroleh ?
- Bagaimana ia dibelanjakan?
SOALAN BOCOR NO.4
Soalan terakhir berdasarkan hadis ini berkenaan tubuh badan dan kesihatan yang
di anugerahkan oleh Allah..
Tangan dan Kaki Bercakap
Dalam surah Yasin ,Di ceritakan suasana di akhirat nanti menerusi firman-Nya yang bermaksud
''pada hari ini,kami tutup mulut-mulut mereka dan tangan-tangan mereka akan bercakap ( mengakui segalan amalan yang dilakukan di dunia) serta kaki-kaki menjadi saksi atas apa yang mereka lakukan''. ( Surah Yasin 36: 65 )
SUMBER SOLUSI ISU# 43
p/s : Hanya berkongsi ilmu :) Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment