Nikmat ALLAH sangat banyak sehingga tiak dapat di hitung ,Jika menghitung pun sudah tidak mampu ,apalagi untuk membalasnya .Firman Allah S.W.T maksudnya:''Jika kamu ingin menghitung nikmat Allah ,nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya." ( Surah Ibrahim 14:34)
AKU AHLI SYUKUR
Siapa pun kita pada hari ni sama ada ahli perniagaan yang kaya ,ahli ekonomi yang pandai menguruskan selok belok ekonomi ,ahli persatuan yang aktif menjalankan pelbagai ativiti atau sesiapa sahaja yang ahli dalam bidang masing2 ..pernahkan kita berusaha untuk menjadi ahli syukur..Menjadi ahli ahli syukur tidak memerlukan modal wang ringgit atau proposal yang tebal di kemukan kepada mana2 pihak...Membentuk diri menjadi Ahli syukur adalah dengan melakukan empat kriteria di bawah:------
- Tetap Bersyukur Walaupun Nikmatnya Kecil
Biarpun nikmat yg diperolehi tidaklah sehebat mana ,sematkan dalam diri dengan sifat qanaah.Sentiasa berasa cukup dengan apa yang Allah kurniakan .Biarpun ia berupa ujian ,lapangkan hati untuk menerima nya dan bersyukur kerana ujian yang ditimpankan lebih ringan berbanding dengan org lain..
2. Memuji ALLAH Setiap Masa
Amat mudah untuk memuji Allah iaitu dengan mengucapkan alhamdulilah yang bermaksud segala puji bagi Allah .Jadikan perkara mudah ni menjadi satu kebiasaan dalam diri sebagai tanda syukur kiat terhadap segala kurniaan Allah
3. Berterima Kasih Kepada Petunjuk Jalan Nikmat
Benar,setiap rezeki datang daripada Allah .Tetapi perlu di ingati kekadang rezeki tersebut disampaikan kepada kita melalui orang lain.Contohnya apabila diterima bekerja di sesuatu tempat,berterima kasihlah kepada orang yang memaklumkan tentang jawatan kosong ,penemu duga dan majikan.
4. Nikmat Wasilah Mendekatkan Diri Kepada Allah
Nikmatilah nikmat dan kurniaan yang Allah berikan dengan mendekatkan diri kepada Allah .Jangan terlalu leka dengan keindahan nikmat tersebut sehingga mengabaikan kewajipan sebagai hamba seperti menlengah2kan solat kerana terlalu tekun bekerja .Lazimi diri denga pelbagai ibadat sunat sebagai usaha kita mensyukuri nikmat yang diberikan....
Adakah Anda Memenuhi semua kriteria AHLI SYUKUR di atas
P/s: the more you give .,the more you get back.. Allah akan tambah lagi rezeki nya sekiranya ia bersyukur..
No comments:
Post a Comment