Friday, October 4, 2013

AL-QURAN TEMAN ATAU KENALAN

BERUNTUNGLAH SESEORANG YANG MEMILIKI TEMAN YANG AKRAB

Saat gundah dengan pujuk rayu dunia ,si teman akrab itu menjadi penenangnya.

Bahkan jika mampu ,saat cemas dengan kegelapan kubur 
dialah penerangnya.

NAMUN , APAKAH ADA SEBEGITU ?
.
.
.
.

Ya, ada .Bertemanlah dengan Al - Quran . 

Nabi s.a.w bersabda : '' Bacalah al-quran kerana sesungguhnya dia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya''
(riwayat Muslim )

Ingat,jadikan al-Quran sebagai teman yang akrab bukannya sekadar kenalan.Jika al-Quran sebagai 'kenalan',tempatnya mungkin di dalam almari kaca atau gerobok usang.Setahun sekali Ramadan menjelma,sibuklah kita bertegur-sapa.

Teman pula bak baju,seluar atau kasut bagi manusia Sehari tidak berbaju atau berseluar ,pasti terasa janggal,tidak sempurna Andai kita terasa malu seperti 'berbogel' di khalayak ramai jika sehari tidak membaca al quran ,
ertinya kita sudah merasai kemanisannya.

Ada sepotong syair yang cukup indah sebagaimana dinukilkan Imam az-Zarnuji dalam kitab Taalim Mutalimnya,


'' Tentang diri seseorang itu,usah kau tanya,

Lihat sahaja siapa temannya!

Seorang teman itu,akan terikut dengan temannya,

Jika ia punya keburukan,larilah kamu darinya cepat-cepat

Jika ia punya kebaikan,bertemanlah agar kamu meraih manfaat.''


Sesungguhnya terlalu banyak kemuliaan jaminan daripada Allah kepada sesiapa yang menjadikan al-quran sebagai pendampingnya.Antaranya ialah

✔ Tidak nyanyuk sampai tua .
✔ Wajah bercahaya dan mesra untuk didekati
✔ Hidup nampak sederhana tetapi sebenarnya dia kaya dengan sumber rezeki yang tidak terduga. 
✔ Sentiasa disayangi dan dihormati hingga ke akhir hayat.
✔ Allah sediakan para malaikat untuk sentiasa mengawasi keselamatannya.

----

Sahabat sekelian,

Mendampingi al-quran hakikatnya mendampingi Allah.
Allah 'bercakap-cakap' dengan hamba-Nya melalui al-quran.
Tanpa perlu perantara mahupun protokol.
Bukankah satu keberuntungan yang besar apabila RAJA bagi
segala raja mahu bercakap dengan kita ?

Al-quran itu juga hidup.Rohnya mengenali pendampingnya setiap
hari.Andai masih tidak pandai membaca al-quran,belajarlah !

Ciumlah ia sepuas hati,pandanglah ia dengan pandangan cinta.
Ditakdirkan ALLAH ,andai kita mati dan di soal oleh 
malaikat kelak,al-quran akan tampil sebagai pembela.

'' Tiada sesiapa yang lebih berkuasa selain ALLAH,siapa kamu
untuk menahan aku ?''

'' Aku al-quran ''
'' Apa hubungan kamu dengan orang itu?''
'' Dia kawan,dia teman dan dia sahabat aku ketika di dunia ''

UntukCelikQuran <- KLIK DISINI



-Hajah Jalilah Abdullah-


terima kasih kerana sudi membaca dan melihat entry disini.Semoga bermafaat untuk semua.!

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT STUDIOSUKE2AJE.BLOGSPOT.COM 2006-2012