Thursday, May 23, 2013

Masjid yang Mati

Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Sudah lama ia bermain-main di dalam minda..Ia berkaitan tajuk di atas ." MASJID YANG MATI."
Tahukah apa maksud "masjid yang mati' .. Maksudnya Masjid yang tiada apa-apa aktiviti yang di lakukan.
Contohnya majlis-majlis ilmu,sembahyang berjemaah setiap waktu dan lain-lain lagi lah

Opps.. Bukan nak kata diri ni baik sangat.Nanti mesti hangpa ingat, " macam lah dia bagus sangat "
Takda apa2 sebenarnya.Saya cuma nak luahkan apa yang berada di dalam minda ni.Kenapa Masjid di kampung ku.Mati dari majlis ILMU.

Sembahyang Jemaah itu ada ,tapi tak lah ramai ,banyak tiang dari orang.Orang-orang yang dok mai sembahyang berjemaah pun , orang-orang yang veteren (orang lama ) , pencen..Itu pun veteren - veteren yang sedar diri lah,  ada juga orang lama yang masih tak sedar-sedar diri, yang hidup dah tak lama.


Bukanlah nak kata kat orang lama-lama ni.Hidup mati bukan kita tau nak mati muda ka atau tua.Tapi orang cakap " RUMAH KATA PERGI,KUBUR KATA MARI "..Bunyi agak kasar kan ?, itulah realitinya ,itu orang lama.Bagaimana dengan ORANG MUDA-MUDI pulak ?

Pi mana orang-orang muda kampung ku..Siapa akan ganti orang-orang lama.? Siapa nak hidupkan masjid ,bila orang-orang lama sudah takda.?Mana peranan orang yg di berikan amanah .?Kenapa biarkan masjid tiada majlis ilmu contoh majlis sambutan Maulid Nabi,Israk mikraj dan banyak lagi lah..Ada juga dulu majlis ilmu mingguan  tp berapa kerat aja orang mai,pastu kenapa la ni sudah takda lagi kuliah mingguan di masjid ,di mana silapnya.?

Ini lah yang terjadi .Majlis ilmu ada, orang tak mai.ada yang mai berjemaah di masjid..dah tahu hari tu ada kuliah maghrib lepas solat.Kenapa terus balik tak mau dengar kuliah, di mana silapnya.?Sudah cukup pandai dah ka?itu orang-orang lama punya perangai.Orang-orang muda jangan harap lah nak nampak muka.Nak nampak muka hari jumaat dan sembahyang raya , ramai lah yang mai..

Lagi satu  dok nampak macam timbul puak-puak..''Puak hang',hang''..Puak aku' ,Aku''.Tak tau lah,itu apa yang saya rasa lah..Kenapa saya rasa begitu.,?Contohnya kalau puak ni buat majlis ilmu di surau ( orang2 kebanyakan surau orang PAS ) , puak yg sebelah sana tak mai..begitu sebaliknya.,kenapa ini terjadi? Tak bersatu hati ,Ego ..SELL + FISH ..

Orang muda-mudi dah semakin hanyut,semakin jahil,semakin jauh dari majlis-majlis ilmu.Termasuk lah saya ini , JAHIL..Bila di tanya , kenapa tak nak buat majlis ilmu di masjid ? ,ramai orang  boleh mai dengar,bukan kita tak mau pi dengar di surau,tapi lebih afdol buat di masjid,banyak pahalanya...Surau dengan masjid pun bukan jauh mana , 500 meter aja .Dekat sangat.Lain lah kalau jauh beribu batu kan..kan..kan..

Nak tahu apa jawapan puak surau ni jawab,nak kena tanya jawatankuasa masjid dulu.Habis'' kenapa ,tak tanya.''Bila di tanya balik,lepa tak bagi kami geng surau ni buat majlis ilmu takut bercakap pasal potitik,Agak ye la kot.Jawatankuasa pula,tak nak buat majlis pun.sunyi aja.Kuliah takda,apa pun taraaaa ada ma..Nak kata takda duit,setiap hari jumaat ,orang besedekah,,duit-duit guna di saluran mana?

Takpa lah,sekadar itu aja lah luahan perasaan ni.Nanti cakap lebih-lebih orang ingat kita ni bagus sangat.Terus terang cakap,saya ni jahil.perlukan ilmu lagi.ILMU boleh aja nak cari di mana..Tapi masalahnya,Masjid besar2 buat kat kg ,tapi sunyi " MATI " tak orang.

Sudah-sudahlah, ketepikan lah ego masing-masing,bersatu hati memeriahkan masjid dengan majlis-majlis ilmu yang dibina cantik dan besar.Apa kita nak jawab depan ALLAH nanti.Apa bekelan kita nak bawa nanti.

P/s:Buat diriku yang selalu lupa akan NIKMAT ALLAH berikan,kita ni saudara sesama islam,satu ALLAH,satu RASULULLAH dan satu KITAB AL-QURAN. so sama2 lah kita berbaiki diri , yang mana tak betul sama-sama betulkan . Okey..semuanya akan mati dan akan di hitung.Sama-sama Muhasabah diri ye

wasalam.


JOM BERHIMPUN



terima kasih kerana sudi membaca dan melihat entry disini.Semoga bermafaat untuk semua.!

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT STUDIOSUKE2AJE.BLOGSPOT.COM 2006-2012