Pernah kah kita mengalami Ujian sebegini
Ujian sakit ,ujian perpisahan ,kegagalan ,kemiskinan datang bertimpa-timpa,
terdetik juga kata dalam hati ,"apakah Tuhan masih sayangkan AKU?
kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini?"SUBHANALLAH .......
tanpa disedari seolah-olah kita mempersoalkan kuasa Tuhan,padahal kita hanyalah hamba-Nya.
Hamba tidak berhak menyoal,sebaliknya akan disoal,Namun,itulah kelemahan manusia kita sering alpa dan terlupa.......
Paling malang ,manusia kerap terlupa bahawa dirinya hamba..Terutamanya ketika diuji.Sebab itu Allah mengajar kita agar mengucapkan kalimah 'Istirja' setiap kali diuji: Innalillah wa inna ilaihi rajiun, yang ertinya ,'' Kami ini milik ALLAH ,kepada-Nya kami akan dikembalikan.''
Ya ,inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ni milik Tuhan,Tuhan layak menguji kita dan layak diuji.
Jangan sekali-kali menolak 'mengamuk' apabila di uji.Kita hanya hamba...
Namun untuk menringankan kepedihan ujian yang menimpa ,hendaklah kita mengenal Allah yang memberi ujian itu.Kenallah sifat ilmu,kasih sayang dan belas ihsan Allah yg maha Hebat.Sebagai hamba ilmu kita terbatas ,ilmu Allah maha Luas.Kasih sayang kita cuma seraut ,kasih sayang Allah selaut.Orang yang mengenal Allah,akan mencintai-Nya.Apabila sudah cinta,kuranglah derita di uji..
Bukankah cinta itu buta??
Orang yang mengenal kasih sayang Allah punya keyakinan bahawa keputusan ( takdir ) Allah itu akan memberikan yang terbaik.Allah maha Pengasih dan maha Penyayang,tidak akan memberi sesuatu yg buruk untuk hamba-Nya.Justeru,hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang di takdirkan-Nya ( ujian ) itu ialah sesuatu yg tidak baik.
Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik.Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita.Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik,cuma kita tidak atau belum mengetahuinya.
Apabila berlaku nanti ,barulah kita tersedar ,.'Ya Allah ,mujur kau takdirkan begitu' Kata arifbilah (orang yang mengenal Allah) " Sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji ,itu petanda tumpulnya akal,butanya mata hati."
Di antara hikmah ujian,seseorang akan dapat menambah tumpuan dan tujuannya untuk menjadi hamba Allah.Yang mana selama ini,jalan itu disekat oleh hawa nafsu.Sebab ujian bertentangan dengan kehendak ,keinginan nafsu dan syahwat manusia.Nafsu yang buas dan liar mahu melakukan maksiat tidak suka pada sakit,rugi,miskin dan lain-lain.Apabila diuji nafsu itulah yang terdesak ,tidak senang dan ingin segera terlepas dari ujian itu.....
Mutiara Kata:
" Belum dikatakan seorang itu kenal Allah,sebelum dia bengembira dengan musibah dan penyakit keatas dirinya,kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya" Nabi Isa a.s
No comments:
Post a Comment