Sunday, July 15, 2012

Semoga menjadi Anak yang Soleh yang sentiasa mendoakan Ibu bapanya



Assalamualaikum w.b.t ^^,

Ayah yang baik, sentiasa melihat keperluan anak-anak dan keluarganya. Ia bermula dari saat ingin mencari teman hidupnya, seorang isteri yang kelak akan mengandungkan anak-anaknya. Sesungguhnya, seorang isteri itu amat mempunyai pengaruh yang cukup kuat dan berkesan ke atas diri anak-anak. Karakter si ibu mengalir terus kepada si anak, bersama-sama karakter si ayah yang terangkum-jalin secara kukuh di dalam rantaian DNA mereka yang mengalir di dalam urat nadi si anak.
Mulakanlah dengan segera pendidikan anak-anak kita sebagaimana yang digariskan oleh agama.

1-Didik mereka kenal Allah dan Rasul-Nya.

2-Didik mereka solat berjemaah dan patuhi segala adabnya. 

3-Didik mereka membaca dan menghayati al-Quran sebagai pedoman bagi setiap yang bernyawa.

 4-Mesrakan mereka dengan amal Islami agar mereka faham, kehidupan adalah ibadah di sisi Tuhan.


 5-Dedahkan mereka keadaan Islam dan umatnya, agar mereka tahu cabaran dalam mendokong Islam pada hari muka bukanlah semudah yang disangka.




p/s: Semoga menjadi ibu bapa yang terbaik !
Wallahu'alam..


terima kasih kerana sudi membaca dan melihat entry disini.Semoga bermafaat untuk semua.!

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT STUDIOSUKE2AJE.BLOGSPOT.COM 2006-2012