Assalamualaikum
Alhamdulilah Syukur pada Allah kerana diberikan izin untuk kita bernafas lagi pada hari ni.Masa semakin pantas berlalu..pejam celik,pejam celik dah nk habis dah bulan 6 ni..dah hujung2 dah..itu nasib baik lah pejam tak terus pejam..Bersyukur sangat2 dapat lagi melihat dunia ni kan..Masih banyak hutang yang belum selesai..Pertama sekali hutang dengan Allah.
Hutang solat,zakat,puasa,puji-pujian pada NYA,banyak sangat lah hutangNYA..Memang takkan mampu bayar segala nikmat yang Allah berikan kepada ni,Hari dapat menulis ni dan melihat ni pun satu nikmat,Subhanallah,Alhamdulilah,Allah Huakbar..
Ramadhan sudah dekat,tinggal beberapa hari sahaja lagi.
“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan” (Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan).
SITUASI 1
Adakah kita sudah bersedia dalam menghadapi dugaan dalam bulan puasa ni..
ramai orang bila datang bulan puasa ni akan mengambil peluang untuk membuat duit banyak-banyak.Ada segelintir mengambil peluang berniaga dalam bulan ramadhan sampai lupa solat, ada yg puasa tapi hanya menahan lapar dan dahaga sahaja,solat entah kemana?,Apa yg mereka fikirkan hanya keuntungan yang berlipat kali ganda,Tidak salah pun kalau nk berniaga.Janji jangan lupa suruhan ALLAH..Tiada masalah.Lakukan lebih baik daripada bulan-bulan biasa.Bulan ramadhan ni peluang kita nak kumpulkan pahala kan.. ^^,
SITUASI 2
Hari pertama puasa mesti hendak berbuka dengan pelbagai menu kan..itu lah tabiat selalu di lihat..macam saya jugak lah..itu takpa lagi.
yang tidak boleh tahan tu mata kita akan melihat berbagai manusia yang berpakaian ala-ala seksi gitu..aduh habis lah .kurang lah pahala.
lagi penat bila perniaga itu sendiri berpakain tidak menutup aurat dengan sempurna ..
Tiap2 tahun begitu lah.
SITUASI 3
Hari kedua puasa malam tu orang ramai yang akan datang ke masjid untuk tunaikan solat sunat tarawih budak-budak pun ramai yang datang solat dan tggu nak ambil moore..itu dulu lah masa saya masih budak2 memang penuh lah boleh dikatakan tapi sekarang macam dah hilang suasana begitu.
SITUASI 4
Bila dah masuk hujung2 Ramadhan orang sudah semakin kurang.Orang muda2 sibuk mencari baju raya dan sebagai nya..di masjid hanya tinggal geng2 orang lama.
Mudah-mudahan tahun kita dapat melakukan dengan lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.yang mana tahun lepas tidak pernah datang menunaikan solat sunat tarawih tu,,mai2 lah ke masjid.
p/s: Pissstt ni tiada kena mengena dengan sesiapa pun yang hidup mahu pun yang sudah meninggal dunia.Ni hanya untuk peringatan buat diriku yang selalu lupa dan ingin memperbaiki diri menjadi yang baik dan lebih baik.. ^^,
Tubuhkanla persatuan pemuda masjid pastue wat xtvt..b creative..ajk geng2 yg dok ada tue...xdela bdk2 panchoq ni nk buat bnda x berfaedah
ReplyDeleteterima kasih atas cadangan tu :)
Delete