Saturday, May 12, 2012

MENDERHAKAI IBU-BAPA

Gambar ibuku..
gambar ayahku
Amaran Rasulullah SAW


Nabi SAW telah menjadikan derhaka kepada kedua-dua ibu bapa sebagai dosa besar ,disamping dosa syirik kepada Allah SWT ,sebagaimana yang ditegaskan dalam Al-Quran al-Karim .Di nyatakan juga dalam sahih Bukhari dan Sahih Muslim ,bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Mahukan kamu aku beritahukan tentang sebesar-besar dosa?" Disebutkannya sampai tiga kali.Para sahabat menjawab,"Bahkan mahu ya Rasulullah !"Nabi berkata seterusnya ,"Syirik kepada Allah ,menderhakai kedua-dua ibu bapa,"ketika itu Baginda sedang bersadar lalu Baginda duduk tegak katanya,"ingatlah jangan berkata dusta dan bersaksi dusta!"(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di dalam sebuah hadis yang lain,Rasulullah SAW Bersabda :
"tiga manusia tidak akan masuk syurga iaitu orang yang menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa lelaki yang tidak punya maruah terhadap keluarganya (dayus) dan perempuan yang  menyerupai  lelaki." (Riwayat al-Nasa'i,al-Bazzar dan al-Hakim dengan sanad yang baik)


terima kasih kerana sudi membaca dan melihat entry disini.Semoga bermafaat untuk semua.!

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT STUDIOSUKE2AJE.BLOGSPOT.COM 2006-2012