23hb Julai 2011
ku korbankan diri
menerangi cahaya kegelapan
kedukaan diriku selindung di sebalik Hijab
ku pamerkan cahaya walau jiwa terluka
tiada pedoman untuk bersuara
hanya pencipta tempat berbicara
moga disuluh arah harapan cahaya
aku berdiri atas dorongan cahaya
aku rebah atas telunjuk kegelapan
andai ketentuan memancar cahaya
bersyukur aku pada pencipta
andai ketentuan memancar kegelapan
aku bersyukur ketentuan Nya
harapan ku agar terbukanya hijab
munculnya Cahaya...
23hb Julai 2011
Sayangku,
aku sangat menrinduimu
aku juga merindui puteriku
ku terkenang saat kita bersama
namun kebahgian hanya sementara
kerna takdir menjarakkan kita,
terlalu lama aku menanti
kepulangan puteri dan permaisuriku
mungkinkah ujian untuk kita
mungkinkah ketentuan menjarakkan kita
aku sabar menanti mu sayang
mungkn hijab belum terbuka..
kita berdoa kepada tuhan
moga diberi kebahgiaan
sabarkan hatimu sayang
berbaik sangkalah kepada tuhan
jika di izinkanNya
sinar akan muncul kembalikan
kebahgiaan...
ASSALAMUALAIKUM...W.B.T
Hari ni saya ingin berkongsikan sesuatu pada hangpa semua..
apa yang hangpa tengok di atas tu ialah lirik2 lagu yg dihasilkan oleh sahabat
saya.Banyak lagi lirik2 yg dia hasilkan dan jugak sekarang beliau tengah menulis sebuah NOVEL
EPIK yang bertajuk KHUNSA SERIGALA
Sekarang ni hanya tinggal editing untuk kali terakhir sebelom di hantar ke ALAF 21
Ini ialah page beliau banyak lagi lirik lagu yg terdapat di dalam sana boleh KLIK like sekali
https://www.facebook.com/pages/Zul_mustafa
HENDAK DIJADIKAN T-SHIRT |
Gambar di atas tu hanya sekadar gambaran NOVEL EPIK yang di tulis beliau..
Ini personal facebook beliau yg jarang sekali di kenali oleh beliau kerana sibuk menulis
kekadang isteri beliau yang mengenalikan fb beliau..
OK lah itu lah sekadar pekongsian dari Sahabat beliau..
semoga berjaya menerbitkan NOVEL PERTAMA beliau
KHUNSA SERIGALA
P/S:- oppsss lirik2 beliau kalau ada sesiapa yg buat melodi ok jugak...:)
Surat Al-Qaşaş (The Stories) 28:82
Malay
Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun - mulai sedar sambil berkata: "Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah juga yang menyempitkannya kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!"PERINGATAN KEPADA KITA SEMUA YANG MANA INGIN MENCARI KEJAYAAN..BIARLAH KEJAYAAN YG DIBERKATINYA
BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT AMIN...!!!
No comments:
Post a Comment